Posts

Bila 'Kawan' sekolah kakak tunjuk penyapu

Suatu hari saya ke asrama sekolah untuk melawat anak perempuan. Oleh  kerana belum Solat Zuhur, saya berniat untuk solat dahulu di surau sekolah sebelum memanggil anak dari Asrama Puteri untuk turun. Kebetulan surau sekolah sedang dalam proses pengubahsuaian, maka saya kurang pasti pintu masuk untuk Muslimat. Kelihatan seorang pelajar lelaki, bersongkok dan ber T-shirt sekolah sedang menyapu di hadapan surau. Tanpa berlengah saya menegur pelajar tersebut: " Nak ..Dik..sebelah mana ya pintu masuk untuk perempuan?" "Sebelah situ…." mengangkat penyapu yang sedang dipegangnya ke arah muka saya. Pelajar tersebut teruskan kerja menyapunya tanpa sedar ada yang tidak kena dengan bantuan arah yang diberikannya. Saya yang masih tergamam di situ,  berfikir-fikir apakah yang perlu saya ucapkan pada beliau tentang penyapu yang baru diangkatnya tadi. Tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk terus ke arah laluan Muslimat menunaikan solat. Ya, sebenarnya pelajar ta...